Wednesday, August 19, 2009

BULAN BINTANG



Cahayamu menyinari malamku yang sepi
Bintang kau bertaburan di langit malam
Bulan kau megah berada di atas sana
kalian menjadikan hidup ini indah

bintang
katakan thank you kepada bulan
tanpa bulan kau menyendiri
sentiasa menemani malam-malammu
jangan jadi seperti aku
menyepi sendiri
tidak didengar luahan hati ini
perit sekali tidak terkata
jangan kau tinggalkan aku sendirian
bisikku pada bulan
jangan biar siang alam ini
tanpa kau malamku sunyi

bulan bintang
kau segala-galanya untukku
kau terangi jiwaku dengan cahayamu
kau penghias tatkala alam ni suram
kau memberikan 1001 kegembiraan pada diriku yang rindu
kau memberikan kekuatan dan harapan buatku
yakinkanlah naluri ku wahai bulan bintang
bahawa kau adalah pelengkap cintaku

No comments: