Friday, December 25, 2009

bye 2009 , hello 2010 :)

hahaha . yey ! aku tak nangis bile dapat result pmr hari tu .
alhamdullilah , result memuaskan hati aku dan keluarga .
mak aku tak sangke aku boleh dpt 6A . hehe . dia takut aku just dapat 1/2 A je .
huhuhuhu . by the way , aku dah apply SMT sepang & tuanku jaafar N9 . harap-harap dapat duh . nak merasa tempat baru pula . nasib baik ayah aku ada seorang kawan dari SMT sepang . Penolong Pengetua kot . hahaha . minta-minta boleh minta tolong dia kalau tak ada second-call . aku cadang nak ambil pengajian agroteknologi dengan kejuruteraan awam . nasib baik teknik ni ada dua pilihan . hahaha . suke suke .
apa pun aku tak apply SBP @ MRSM . sebab aku tak minat science laa . hehe .

anyway , aku tak rasa menyesal . sebab 6A aku dah rasa cukup bermakna bagi aku .
6A tu termasuk lah BM MATH SCIENCE SEJARAH GEOGRAFI AGAMA . PMR already past .
apa yang menunggu aku SPM . takut nya . lagi 2 tahun je . entah sempat ke tidak nak ambil exam ni . huhuhu . BE POSITIVE ! itu yang membuatkan aku rasa lebih yakin .
dan aku ada seorang pakcik nama dia fadhil hanafi . boleh la juga dikatakan dia tu IDOl aku . haha . pandai la budak ni . UPSR 4 A , PMR 6A , SPM 9A .
upsr dengan pmr aku sama level dgn dia setakat ni . minta-minta SPm pun macam tu juga . hari ni last aku updated blog . after this aku maybe dah masuk asrama kan ?
hope soo :)

kawan-kawan , jangan lupa dekat aku . minta maaf kalau aku ada buat salah .
tak kira kat mana pun korang ntahun 2010 . belajar rajin rajin . untuk capai kejayaan mudah tapi untuk kekalkan susah . dan berbanggalah dengan usaha kita sendiri . bersyukur dengan apa yang kita dapat . tak semestinya kita cemerlang
hari ni mungkin masa hadapan . buat dengan kemampuan kita . kita semua pandai tak bodoh . kita semua manusia bukan haiwan . hanya RAJIN dan MALAS yang membezakan kita sebenarnya . kenapa orang bandar boleh buat tapi tidak untuk orang luar bandar ?
mungkin juga sebaliknya . tetapi jangan lupa . syurga neraka kekal abadi .
biarlah tak ada A di dunia tapi ada A di akhirat :)

untuk pengakhiran , selamat maju jaya untuk senior senior dan kawan kawan tersayang .
terima kasih kerana layan blog aku ni . hahaha . tak menarik pun .
banyak lagi yang aku nak cerita sebenarnya . tapi tak berkesempatan .
semoga kita jumpa lagi di lembaran yang akan datang .
assalamualaikum dan selamat tinggal :)

1 comment:

J U J U said...

sedih yer!aku bace ayat ko!




:(:(:(:(:(:(:(:(:(